Majlis Masjid-masjid Malaysia Akan Ditubuhkan

KANGAR, 24 Mei (Bernama) — Majlis Masjid-masjid Malaysia akan diwujudkan akhir tahun ini, yang antara lain bertujuan menyemarakkan penggunaan masjid sebagai institusi agama dan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom berkata pada masa ini seminar-seminar sedang berlangsung secara berperingkat di seluruh negara ke arah penubuhan majlis itu.

Bercakap dalam sidang media selepas majlis penutup seminar ke arah penubuhan Majlis Masjid-masjid Malaysia di Kuala Perlis hari ini, Jamil Khir berkata kerajaan berharap melalui majlis itu kelak, idea para imam seluruh negara dapat digabungkan untuk kebaikan umat Islam.

Katanya masjid adalah institusi masyarakat yang penting dan ia perlu berkonsepkan “mesra remaja” bagi memikat golongan remaja mendekati masjid.

Beliau berkata kerajaan juga sedang menimbang kemungkinan untuk menjadikan masjid di seluruh negara sebagai salah satu tempat bagi melahirkan askar wataniah.

Sebelum itu, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa menutup seminar itu menyarankan setiap masjid melahirkan empat askar wataniah setiap tahun.

Selain itu, masjid-masjid juga boleh dijadikan lokasi latihan askar wataniah.

Jamil Khir berkata idea yang dicetuskan oleh Raja Muda Perlis selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sememangnya boleh membentuk masyarakat yang berdisplin.

Ketika berucap sebelum itu, Jamil Khir berkata kerajaan memperuntukkan hampir RM75 juta sebagai imbuhan kepada 14,195 imam mukim dan kariah di seluruh negara tahun ini.

Selain itu sebanyak RM11.4 juta diperuntukkan sebagai elaun mengajar 3,313 orang guru takmir seluruh negara.

– BERNAMA

Majlis Masjid-Masjid Seluruh Malaysia

Latar Belakang Penubuhan Majlis Masjid-Masjid Seluruh Malaysia (0255-09-WKL)

i. Majlis Masjid-Masjid Seluruh Malaysia (MMSM) telah didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah pada 11.02.2009.

ii. Ibu Pejabat d/a Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Ara, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-22833707; Fax: 03-22821222

iii.  Penubuhannya terhasil dari Seminar Pengurusan Masjid Anjuran JAKIM di Klang pada Disember 2007.

iv. Dalam Seminar tersebut para peserta telah didedahkan dengan berbagai-bagai bentuk ancaman terhadap Islam dan juga tentang kelemahan-kelemahan umat Islam di Malaysia khasnya dalam bidang ekonomi.

v. Di hujung seminar tersebut satu resolusi telah dicapai bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah ini dengan mewujudkan satu mekanisma yang berkesan  untuk membela Ummah.

vi. Beberapa sessi perbincangan telah diadakan antara JAKIM dan AJK Penaja bagi menggubal Perlembagaan sebelum dihantar kepada pihak Pendaftar Pertubuhan. JAKIM telah memainkan peranan penting bagi merealisasikan pertubuhan ini.

vii. Akhirnya wujudlah MMSM untuk mencari jalan yang efektif bagi menjamin kesejahteraan Ummah.

Fee Masuk dan Yuran Tahunan adalah seperti berikut :­1. Wang Fee Masuk

(i) Ahli Biasa -RM 50.00

(ii) Ahli Bersekutu – RM 50.00

Yuran Tahunan

(i) Ahli Biasa Masjid Negara = RM500.00
    Masjid negeri = RM300.00
    Masjid daerah = RM200.00
    Masjid bandar = RM200.00
    Masjid pinggir bandar = RM100.00
    Masjid-masjid lain = RM50.00
    Surau-surau = RM50.00

Harapan :

i. Semua masjid dan surau adalah diharapkan supaya menjadi Ahli MMSM.

ii. Di Malaysia telah wujud rnasjid / surau telah berabad­ abad lamanya tetapi tidak pernah terfikir kepada kita untuk menggabungkannya pada rnasa yang lalu.

iii. Oleh yang dernikian adalah agak tidak terlewat gabungan ini diadakan oleh jenarasi hari ini. Kita sudah tidak ada rnasa lagi untuk bertangguh.

iv. Perkara yang boleh rnernbawa kebaikan hendaklah didokong oleh kita semua. InsyaAliah berjaya ..

v. Adalah diharapkan supaya sarna-sarna kita rnernberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya kepada peran­. cangan ini.

Pertanyaan : Hubungi Tel: 03-22833707; Fax: 03-22821222

________________

Maklumat daripada Seminar Penubuhan Majlis Masjid-masjid Seluruh Malaysia di Kuala Perlis pada 24 Mei 2009, anjuran bersama, JAKIM dan JAIPs