PAS tetap teguh dengan Ahli Al-Sunnah Wal Jama’ah, kenapa masalah sunni dan syiah ditimbulkan sekarang?

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

( sumber:   harakahdaily.net )

PAS tetap teguh dengan Ahli Al-Sunnah Wal Jama’ah, kenapa masalah sunni dan syiah ditimbulkan sekarang?

Fasal 7(1) Perlembagaan PAS menetapkan bahawa hukum tertinggi kepada PAS ialah Al Quran, Hadis, Ijma’ Ulama dan Qiyas yang nyata. Inilah sumber hukum para Ahli Sunnah wal Jama’ah.

Ini dengan sendirinya memberi makna bahawa setiap ahli PAS wajib menganut mazhab Ahli Sunnah wal Jama’ah, dan tidak diizinkan mazhab yang lain di luar dari Ahlus Sunnah wal Jama’ah dalam PAS.

Perkara ini tidak ada dalam perlembagaan parti lain, termasuk UMNO sendiri yang berdegar Ahli al Sunnah wal Jama’ah. Oleh kerana berprinsipkan Ahli al Sunnah wal Jama’ah inilah maka Jawatankuasa Disiplin PAS boleh bertindak terhadap aliran mazhab yang lain dalam PAS, bukan sahaja dalam kes disiplin salah laku terhadap pentadbiran PAS.

Namun PAS yang teguh berpegang dengan Islam dan mazhab Ahli al Sunnah wal Jama’ah ini mengadakan hubungan dengan semua pihak lain, termasuklah di kalangan bukan Islam. PAS lebih ke depan dalam mengadakan hubungan dengan semua kumpulan Islam NGO yang berbeza pendekatan dan berbagai mazhab.

PAS dapat membezakan dengan ilmu Islam, berdasarkan batas-batas yang diizinkan oleh syara’. Begitulah PAS menyokong kerajaan Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dengan Iran, Oman, termasuklah negara barat dan komunis.

Saya telah menulis satu kajian terperinci khusus kepada ahli-ahli PAS dan semua pihak yang ingin tahu. Kajian itu bertajuk: “Mazhab-Mazhab dan Firqah dalam Islam” (edisi tulisan jawi ) dan “Ensaiklopedia Mazhab dan Ideologi” (edisi rumi), dengan merujuk kepada sumber-sember ulama terdahulu dan terkini.

Para ulama telah menyenaraikan mazhab-mazhab yang keluar daripada agama Islam dan mazhab yang masih dianggap penganut Islam, kerana masih berpegang dengan rukun-rukun asas dalam perkara iman dan Islam walau pun salah ijtihadnya.

Mereka membilangkan dua mazhab dalam Syiah, iaitu Imamiyyah dan Zaidiyyah, dan satu mazhab dalam Khawarij iaitu ‘Ibadiyyah dimasukkan dalam kategori umat Islam.

Para ulama zaman dahulu dan kini meletakkan mazhab-mazhab ini dalam kajian feqah muqaran (perbandingan) dan disebut juga dalam kitab-kitab tafsir dan hadis.

Sehingga kini penganut mazhab ini diizinkan menunaikan ibadat haji di Makkah bersama seluruh umat Islam yang datang daripada seluruh pelosok dunia, walaupun mengikut cara mazhabnya, seperti mencabut bumbung bas dan kereta ketika berihram.

Kejatuhan kerajaan Uthmaniyah

Persidangan Kemuncak Negara-negara Umat Islam (OIC) dua tahun yang lalu mengambil kira perkara ini dan menjadikan resolusinya.

Perkara ini sebenarnya sudah difahami oleh umat Islam sejak lebih seribu tahun yang lalu, sehingga tidak menghalang kemaraan perkembangan Islam di seluruh pelosok dunia dan kerajaan Islam Ahli Sunnah menjadi kuasa besar tunggal yang paling hebat.

Mazhab Ahli Sunnah terus berkembang tanpa takut kepada mazhab Syiah, Khawarij, Mu’tazilah dan lain-lain yang ada dalam masyarakat Islam sendiri, sehingga mampu juga menghadapi perang salib yang bertalu-talu sehingga beberapa abad.

Kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah di abad yang lalu berlaku, setelah umat Islam meninggalkan ilmu Islam, dan ilmu Islam juga dilemahkan.

Umat Islam dipecahkan dengan fahaman sekularisme yang memisahkan politik dan urusan duniawi daripada agama Islam, menyebabkan mereka menganut berbagai-bagai ideologi yang asing daripada Islam, khususnya nasionalisme (semangat kebangsaan dijadikan akidah) yang boleh menganut apa sahaja ideologi yang berikutnya.

Akidah nasionalisme menyebabkan umat Islam dipecahkan dengan semangat kebangsaan masing-masing, sehingga bangsa Arab menganggap kerajaan Uthmaniyah Turki adalah penjajah asing.

Iran yang dikuasai oleh majoriti Syiah Imamiyyah dan Yaman yang dikuasai oleh raja syiah Zaidiyyah dan mazhab ‘Ibadhiyyah yang menjadi mazhab majoriti penduduk Oman dipisahkan daripada umat Islam.

Dalam masa yang sama perkara berbeza mazhab di dalam Sunni dan di dalam sama-sama Syi’ah dijadikan bahan untuk melagakan umat, sehingga boleh dilagakan oleh penjajah dan mendapat khidmat dan bantuan penjajah untuk menentang di antara satu sama lain.

Berakhir dengan jatuhnya kerajaan Uthmaniyyah dan seluruh tanah air umat Islam dibahagikan di kalangan negara penjajah Timur (komunis) di Asia Tengah dan penjajah Barat (kapitalis) di Asia dan Afrika.

Dahulunya para ulama yang mendalami ilmu Islam dapat menangani secara budaya ilmu yang tinggi yang disalin dalam kitab-kitab yang dikarang, walaupun pendapat yang paling lemah dan dikira salah dimasukkan juga di dalam kitab dan dihujah secara ilmu, bahkan ada pendapat mazhab lain yang diambil kira sekiranya ada hujah yang kuat.

Era kebangkitan Islam

Kini kita berada dalam era kebangkitan Islam yang sangat mengembirakan pendukung Islam dan menakutkan musuhnya yang dengki. Umat Islam wajib kembali semula kepada budaya ilmu yang tinggi dengan menggunakan teknologi maklumat terkini bagi menolak mazhab yang lemah secara hujah, dalam masa yang sama menyedari adanya agenda penjajah baru yang mengulang tayang senario lama dengan solekan baru yang disesuaikan dengan situasi terkini.

Perlu difahami betapa kuasa besar timur dan barat mewujudkan negara haram Israel secara sepakat, sebagai strategi pengacau dalam dunia Islam, khususnya rantau Asia Barat. Semua negara kuasa besar juga berlumba menanam pengaruh di rantau yang mempunyai sumber tenaga minyak, gas dan uranium, paling besarnya ialah rantau Asia Barat dan Asia Tengah.

Mereka memejam mata terhadap Israel yang telah mempunyai teknologi persenjataan yang diharamkan oleh masyarakat antara bangsa, seperti teknologi nuklear sejak tahun enam puluhan dengan bantuan negara barat dan zionis bekas Soviet, bahkan senjata haram itu telah digunakan secara kecilan dalam peperangan di Gaza dan Selatan Lubnan.

Dalam masa yang sama tindakan diambil terhadap mana-mana negara Arab yang memajukan teknologi sumber nuklear, walaupun bertujuan keamanan seperti sumber tenaga elektrik. Loji di Iraq dan Libya pernah dimusnahkan dengan serangan udara di atas nama keamanan dunia dan keselamatan Israel.

Umat Islam sepatutnya melakukan muhasabah terhadap sikap ‘double standard’ kuasa besar barat dalam tindakan ke atas menjatuhkan regim Mu’ammar Gaddafi di Libya dengan lebih keras, dibandingkan kedinginan dan tidak konsisten tindakan ke atas regim Basyar Asad di Syria yang sama zalimnya. Tidakkah kerana kedudukan yang berbeza bagi keselamatan Israel dan kepentingan barat?

Sebelumnya barat membantu Taliban menjatuhkan Mujahidin di Afghanistan, kemudiannya menyapu Taliban habis-habisan, bagi menempatkan regim yang lebih baik kepada mereka. Adakah drama berdarah ini akan ditayangkan di Asia Barat? Menteri Pertahanan Israel membuat kenyataan terbaru, bahawa Basyar perlu dikekalkan kerana lebih baik daripada kumpulan pengganas yang menentangnya sekarang.

Mengapa perlunya kewujudan pengkalan tentera kuasa besar barat di rantau Teluk? Adakah kerana keselamatan negara yang diwujudkan pengkalan itu, atau kerana menjaga telaga minyak dan keselamatan Israel? Umat Islam pula perlu membaca dan memahami percaturan politik antara bangsa.

Mengapa sekarang dicetuskan peperangan terhadap mazhab Syiah yang telah wujud sejak lebih seribu tahun. Adakah kerana mazhab Syiahnya atau kemajuan teknologi Iran yang mencabar barat dan Israel? Maka negara serantau menjadi wakil kepada barat dan Israel untuk menyelamatkan mereka dengan mengulangi strategi pecah dan perintah.

Akhirnya ini menyebabkan peperangan secara proksi bagi menguji senjata Rusia dan China dan senjata Amerika dan Eropah dengan duit Arab dan Iran, di mana mangsanya ialah rakyat yang dibunuh dan menjadi pelarian di tanahair sendiri. Mengapa perlunya umat Islam mendengar fatwa Amerika dan sekutunya dalam masalah mazhab? Sedangkan para ulama boleh bermuzakarah dengan kitab-kitab yang telah sedia ada dan sumber ilmu Islam yang tidak mati bersama mukjizat Al-Quran.

Adakah masih tidak faham betapa Islam tidak diizinkan menang secara demokrasi yang adil di Mesir, sehingga kerajaan yang dipilih melalui pilihanraya digulingkan oleh rampasan kuasa tentera yang disokong oleh kebanyakan Negara Arab.

Bekas jajahan komunis

Sedang diganggu di Sudan, Libya dan Tunisia? Fahamlah betapa negara umat Islam bekas jajahan komunis diizinkan berkiblat ke barat Amerika dan Eropah dan negara bekas tanah jajahan barat diizinkan berkiblat ke Timur Komunis.

Apabila majoriti negara Arab memilih negara Barat menjadi rakan sejawat yang dipercayai dan bersikap negatif terhadap Iran, tiba-tiba Iran pula memilih strategi mendekati Barat, bermula dengan pintu belakang dibuka sedikit di zaman Ahmadinejad dan membuka lebih luas selepas kemenangan Presiden Rouhani, berakhir dengan persefahaman negara Barat yang lebih berlunak dengan Iran demi kepentingan mereka.

Maka negara Arab akan tinggal tersengeh mengekorinya. Oman memulakan langkah meninggalkan sikap bersama dengan Kesatuan Negara-negara Teluk. Terkini persidangan negara teluk mengalu-ngalukan persefahaman Iran dan Barat. Apakah mazhabnya negara Arab itu? Di mana pergi sunninya lagi?

PAS pernah dituduh Syiah apabila menyokong Iran dalam perang teluk yang pertama, ketika Saddam Husain menyerang Iran dengan senjata barat, dan PAS pula menentang campur tangan Amerika menyerang Iraq, sikap yang berbeza dengan Iran. Bukan kerana menganut ideologi Parti Ba’ath, tetapi dapat membaca permainan politik serantau.

PAS sudah mengerti betapa jahilnya masyarakat rantau ini dengan ajaran Islam, sehingga pengaruh Syi’ah telah pun mempengaruhi masyarakat serantau alam Melayu secara bebal dengan menamakan herba tempatan yang dipercayai paling berkhasiat dengan panggilan ‘Tongkat Ali’ dan ‘Kacip Fatimah’.

PAS juga memahami betapa Revolusi Islam Syi’ah di Iran tidak sesuai bagi masyarakat Malaysia dan PAS dapat menangani ahlinya yang terpengaruh dengan perkembangan yang tidak setimpal dengan masyarakat setempat. PAS tetap mendukung demokrasi dan bersedia menghadapi penipuannya dan ahlinya yang didapati terkeluar daripada landasannya.

Sama ada terkeluar dengan sendirinya daripada PAS atau diambil tindakan setelah terbukti dengan adil tanpa menjejaskan dasar dan konsep perjuangan Islam Mazhab Ahli Sunnah yang didukung oleh PAS secara istiqamah dan muhasabah.

PAS menjadikan politik sebahagian amal soleh dan menolak kemungkarannya. PAS meletakkan langkah politik termasuk dalam amalan berpahala dan berdosa dan tidak menjadikan politik hanya permainan untuk mendapat kuasa tanpa mengira dosa dan pahala.

Saya ulangi supaya pembaca mengambil iktibar daripada sebab nuzulnya surah al-Rom, petunjuk Allah kepada Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya dalam menilai politik antarabangsa di zamannya.

Bila Istilah Suni Muncul?

SUMBER: http://www.islampos.com/

KENAPA sih harus ada Sunni-Syiah? Bukankah Islam cuma satu? Apa itu Sunni? Apa itu Syiah? Kenapa harus menyebut diri Sunni? Segudang tanya tersebut kini ramai diutarakan pasca bentrok aliran Syiah dengan umat muslim di Indonesia mengemuka belakangan ini.

aswaja2Ketua MUI, KH Kholil Ridwan pernah menekankan bahwa permasalahan Sunni Syiah sudah berlangsung ribuan tahun semenjak zaman Sayyidina Ali menjadi khalifah, bahkan lebih kental lagi saat terbunuhnya Sayyidina Husain, “Sebelum itu gak ada istilah Sunni-Syi’i,” ujarnya.

Dahulu di zaman Rasulullah SAW. kaum muslimin dikenal bersatu. Saat itu, tidak ada golongan ini dan golongan itu.. Semua umat Islam bersatu dibawah pimpinan dan komando Rasulullah SAW. Bila ada masalah atau perbedaan pendapat di antara para sahabat, mereka langsung datang kepada Rasulullah SAW. Itulah yang membuat para sahabat saat itu tidak sampai terpecah belah, baik dalam masalah akidah, maupun dalam urusan duniawi.

Kemudian setelah Rasulullah SAW. wafat, benih-benih perpecahan mulai tampak dan puncaknya terjadi saat Sayyidina Ali menjadi khalifah. Akan tetapi, perlu ditekankan bahwa perpecahan tersebut hanya bersifat politik, sedang akidah mereka tetap satu yaitu akidah Islamiyah, meskipun saat itu benih-benih penyimpangan dalam akidah sudah mulai ditebarkan oleh Abdullah bin Saba’, seorang agen Yahudi yang dalam sejarah Islam dikenal sebagai pencetus faham Syiah (Rawafid).

Tapi setelah para sahabat wafat, benih-benih perpecahan dalam akidah tersebut mulai membesar, sehingga timbullah faham-faham yang bermacam-macam yang menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW.

Saat itu muslimin terpecah dalam dua bagian, satu dikenal sebagai golongan-golongan ahli bid’ah, atau kelompok-kelompok sempalan dalam Islam, seperti Mu’tazilah, Syiah (Rawafid), Khowarij dan lain-lain. Sedang golongan lainnya adalah golongan terbesar, yaitu golongan orang-orang yang tetap berpegang teguh kepada apa-apa yang dijalankan oleh Rasulullah SAW bersama sahabat-sahabatnya.

Golongan terakhir inilah yang kemudian menamakan golongannya dan akidahnya Ahlus Sunnah Waljamaah. Jadi golongan Ahlus Sunnah Waljamaah adalah golongan yang mengikuti sunnah-sunnah nabi dan jamaatus shohabah.
Definisi ini disimpulkan dari sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang golongan yang selamat dari kesesatan di dunia dan selamat dari neraka di akherat.

قَالُوا وَمَنْ هِىَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ مَا أَنَا عَلَيْهِ وَأَصْحَابِى

Para shahabat bertanya, “Siapakah mereka wahai rasulullah?”. Beliau bersabda, “Orang yang mengikuti ajaranku dan shahabatku dalam beragama” (HR Tirmidzi no 2641 dari Abdullah bin ‘Amr, dinilai hasan oleh al Albani).

Dengan demikian akidah Ahlus Sunnah Waljamaah adalah akidah Islamiyah yang dibawa oleh Rasulullah dan golongan Ahlus Sunnah Waljamaah adalah umat Islam. Lebih jelasnya, Islam adalah Ahlus Sunnah Waljamaah dan Ahlus Sunnah Waljamaah itulah Islam. Sedang golongan-golongan ahli bid’ah, seperti Mu’tazilah, Syiah(Rawafid) dan lain-lain, adalah golongan yang menyimpang dari ajaran Rasulullah SAW yang berarti menyimpang dari ajaran Islam.

Perlu diketahui pula bahwa istilah ahlus sunnah juga mengandung dua makna, baik yang bermakna luas maupun sempit. Mengenai makna luas dari ahlus sunnah, penulis buku al Wajiz fi ‘Aqidah al Salaf al Shalih Ahlis Sunnah wal Jamaah pada halaman 34 mengatakan:

“..Makna yang lebih luas untuk istilah ahlus sunnah wal jamaah adalah mencakup semua orang yang mengaku dirinya sebagai seorang muslim selain Rafidhah (baca:syiah). Terkadang pula istilah ahlis sunnah digunakan untuk sebagian ahli bid’ah karena mereka bersesuaian dengan ahli sunnah yang murni dalam beberapa permasalahan akidah dan berlawanan dengan akidah aliran-aliran sesat.

Akan tetapi penggunaan istilah ahli sunnah dengan pengertian ini lebih jarang dipergunakan oleh para ulama ahli sunnah karena hanya terbatas pada beberapa permasalahan akidah dan berlawanan dengan beberapa aliran sesat tertentu. Misalnya adalah penggunaan istilah ahli sunnah sebagai lawan dari rafidhah (baca:syiah) terkait masalah khilafah dan sikap terhadap para shahabat Nabi dan perkara akidah lainnya”.

Sedangkan pengertian sempit untuk istilah ahli sunnah orang-orang yang berpegang teguh dengan ajaran Nabi dan para shahabat serta orang-orang yang mengikuti mereka dan meniti jalan mereka baik dalam permasalahan akidah, perkataan dan perbuatan. Mereka adalah orang-orang yang komitmen untuk mengikuti Nabi dan menjauhi bid’ah. Mengikuti jalan mereka dalam beragama adalah hidayah sedangkan menyelisihi mereka adalah kesesatan.

Dengan demikian akidah Ahlus Sunnah Waljamaah itu sudah ada sebelum Allah melahirkan generasi-generasi soleh seperti Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Syafii dan Imam Hambali. Begitu pula sebelum timbulnya ahli bid’ah atau sebelum timbulnya kelompok-kelompok sempalan, seperti aliran sesat Syiah. (Pz/Islampos)

Yahudi Di Iran

Ada fakta yang mengejutkan kita tentang Yahudi di Iran. Suatu Negara yang presidennya, Ahmadinejad selalu menyuarakan kecaman, caci maki dan ingin menghancurkan bangsa Yahudi, tapi ternyata di sana banyak berkeliaran orang Yahudi dengan bebasnya, dan jumlahnya sangat besar.

Di Iran, Yahudi tersebar di tiga kota besar; Tehran, Hamdan, Isfahan. Dan menurut data resmi Iran, ada sekitar 30.000 orang Yahudi di Iran. Sebuah jumlah yang sangat besar di sebuah negara yang katanya anti-Zionis!

Isfahan, yang terletak di tengah-tengah Iran, dikelilingi oleh kota-kota berbasis Syiah-seakan dengan jelas orang-orang Syiah melindungi mereka para Yahudi. Sangat kontras dengan perlakuan mereka terhadap sesama muslim yang berfaham SUNNI. Orang-orang Sunni di Iran diburu seperti tikus, dan ulama-ulamanya digantung. Bahkan orang-orang Sunni tidak punya masjid untuk shalat Jumat. Bandingkan dengan sinagog yang bertebaran di bumi Iran.

Orang-orang Yahudi memiliki hubungan baik dengan pemerintah Iran. Mereka menganggap bahwa orang-orang Sunni sebagai musuh utama mereka. Bahkan, di parlemen Iran, orang-orang Yahudi memiliki wakilnya.

Yang perlu diketahui juga bahwa orang-orang Yahudi di Iran menolak pindah ke koloni Palestina. Mengapa?

Karena, bagi sebagian Yahudi, Iran adalah tempat suci karena banyak nabi mereka dimakamkan di sini.

Misalnya saja Nabi Daneil. Nabi ini adalah salah satu nabi yang sudah meramalkan kejadian-kejadian sebelum kiamat. Dan ia dikenal luas di kalangan Yahudi dan umat Kristen. Selain Nabi Daniel, ada juga Nabi Habqouq, Nabi Sumoil, Qeedar, dan Nabi Hajayy.

Di Iran juga ada makam Bunyamin, saudara Nabi Yusuf. Jadi tidak heran jika Yahudi mengagungkan Iransebagai tanah suci. Dan mereka menganggap Isfahan sebagai kota yang lebih khusus lagi. Kota ini merupakan tempat pertama di mana mereka berkumpul pertama kalinya setelah penghancuran Yerusalem oleh Novukhodonsur

Sejarah sudah menyampaikan hal ini, dan kemudian setelah 70 tahun penangkapan oleh raja Babylon Nebukadnezzar, mereka berkumpul di Isfahan.

Yang lebih mengejutkan ada sebuah hadis Nabi yang tertera di dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034:

“Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam berkata: ‘Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan mengenakan selendang Persia.”

Padahal, saat ini Yahudi-Yahudi di Isfahan, Iran selalu mengenakan selendang.

http://inilah-bukti-kesesatan-syiah.blogspot.com/

Pas perlu berubah kepada tidak MESRA Syiah.

Aku hairan…. mengapa orang masih ada SIKIT rasa sayang pada Syiah. Sekalipun ramai ustaz2 Pas  adalah anti Syiah, tapi masih ada orang Pas yang mempertahankan Syiah. Mempertahankan Pas dari tomahan Syiah adalah wajar. Malah mempertahan kan Mat Sabu dari tuduhan Syiah mungkin wajar kerana ia berkait dengan Pas.

Mengapa Pas dikaitkan dengan Syiah? Kerana  ada pemimpin Pas dilihat MESRA Syiah, walaupun kita yakin pemimpin itu bukan pengamal Syiah. Rata2 orang melayu menolak Syiah. Mengapa Pas mengambil jalan berliku untuk menjawab isu Syiah, apabila Pas dilihat lebih MESRA Syiah? Masa yang banyak terpaksa diambil bagi menangkis isu ini. Jalan yang mudah ialah Pas jangan MESRA Syiah. Itu sudah CUKUP. Pas hendak undi Melayu atau memilih MESRA Syiah? Memilih MESRA Siyah = menolak undi Melayu. Ternyata UMNO lebih cekap memasang lukah!

Aku hairan…. aku hairan… atas dasar apa depa masih sayang Syiah? JAKIM kata orang Syiah cuma 2000 orang bukan 250000 orang…..

Mengenai  isu Mat Sabu dan Syiah, aku kira yang patut Mat Sabu saman Zahid dan KDN. Ini peluang Mat Sabu bersihkan namanya. Bagi aku, Mat Sabu adalah antara orang Pas yang dilihat MESRA Syiah. Aku yakin dia bukan pengamal Syiah, ini pandangan aku sebelum ini. Bagaimanapun apabila KDN dedah 10 bukti tuduhan Syiah keatas Mat Sabu, aku rasa sangat lekeh, cuma satu yang agak teruja aku membacanya. Iaitu seorang saksi melihat Mat Sabu sembahyang berlapik ketul tanah semasa sujud. Ini perlu penjelasan Mat Sabu. Betulkah saksi itu boleh dipercayai? Kalau setakat pi belajar Syiah di hauzah Syiah, itu biasa saja orang menyamar. Macam manapun sangat elok bagi Pas jika Mat Sabu dapat bersihkan nama nya.

Seorang pemimpin utama, ia dalah ikon masyarakat. Najib PM kalau semasa berjoging memakai celana pendek diatas lutut, itu bukan nilai berita. Tapi bayangkan jika TG Nik Aziz, bercelana pendek semasa basuh kereta dirumahnya. Ini nilai berita yang lumayan. Demikian Mat Sabu, apabila ia bercakap… ia akan menjadi  nilai berita cukup panas.

Sepatutnya  seorang pemimpin, baik UMNO atau PAS, perlu bertidak atau bercakap supaya tidak menjadi beban kepada partinya. Musuh akan menanti masa yang sesuai untuk membahamnya.

Mengenai isu Syiah, sepatutnya  Pas yang menyerang UMNOBN kerana kegagalan BN mengawal percambahanya sejak tahun 80an lagi, dan  Pas perlu  BERUBAH  kepada  Pas  TIDAK MESRA SYIAH.

KDN dedah 10 bukti kaitkan Mat Sabu dengan Syiah

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,  Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi mengesahkan “orang nombor dua PAS” yang didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai pengikut fahaman Syiah adalah Timbalan Presiden parti Islam itu, Mohamad Sabu.

Dalam satu sidang media di Putrajaya hari ini, Abdul Rahim berkata kenyataan itu adalah berdasarkan 10 fakta dan maklumat yang dikumpul oleh KDN termasuk keterangan daripada Mohamad sendiri.

Antaranya beliau pernah menggesa supaya umat Islam mencontohi kepimpinan Islam berdasarkan cara Imam Khomeni melalui tulisannya bertajuk ” Teladan Pemerintahan Nabi Yusof, Khomeni” dalam ruangan Fikrah yang terbit dalam akhbar Harakah pada 5 hingga 15 Julai 2008.

“Berdasarkan temuramah yang dilakukan Ustaz Zamihan Mat Zain, pegawai KDN bersama Dr Abdul Aziz Hanafi menjelaskan bahawa Mat Sabu pernah melafazkan selawat sebagaimana yang diamalkan penganut Syiah pada satu sesi ceramah PAS di Madrasah Diniah, Arau Perlis pada tahun 2005,” kata Abdul Rahim.

Selain itu Mat Sabu juga menyatakan kekaguman dengan kepimpinan dan perjuangan pemimpin Revolusi Iran 1979, Imam Ruhollah Khomeini yang mana banyak mencorak pemikiran beliau dalam ucapannya sebagai Timbalan Presiden PAS pada 13 Julai 2011.

Beliau juga secara terang-terangan memuji Setiausaha Agung Syiah Lubnan iaitu Sayyid Hassan Nasrallah dan mengaku beliau dan isteri kerap bertemu dengan pemimpin berkenaan lebih daripada empat hingga lima kali.

Berdasarkan maklumat, beliau juga didapati membuat lawatan ke sebuah masjid Syiah di Kampung Aluar Wilayah Satun Selatan Thailand serta melakukan kunjungan ke atas pemimpin Syiah di sana pada tahun 2011.

Mat Sabu turut didapati beberapa kali menghadiri kelas pengajian yang dikendalikan ustaz fahaman Syiah pada 2011 di Bukit Merah, Semanggol, Perak.

Selain itu terdapat saksi seorang Tok guru yang melihat Mat Sabu sendiri menunaikan solat dengan menggunakan sebiji batu kecil leper di tempat sujudnya, yang merupakan amalan sinonim dengan golongan Syiah sekaligus membuktikan Mat Sabu merupakan salah seorang penganut Syiah.

Dalam pada itu, Datuk Abdul Rahim menegaskan KDN termasuk agensi lain seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam negeri akan terus memantau dan peka dengan ancaman kegiatan serta fahaman Syiah dan akan bekerjasama membendung pengaruh fahaman serta gerakan itu di kalangan rakyat Malaysia.

Kenyataan terbabit dibaca oleh Abdul Rahim yang kemudiannya tidak menerima sebarang pertanyaan daripada wartawan.

Berita mula diterbitkan pada: Disember 12, 2013 20:24 (MYT)

Jakim: Semua ajaran Syiah di M’sia menyeleweng

  • Nurrul Huda Ahmad Lutfi, Bernama

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan semua ajaran mahupun fahaman Syiah di Malaysia adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan hukum syarak.

Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata sehubungan itu beliau menafikan sekeras-kerasnya sekiranya ada dakwaan mengatakan terdapat fahaman Syiah yang mempunyai persamaan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini.

Beliau berkata berdasarkan kajian Jakim, dakyah Syiah sebagai sebuah Mazhab berasaskan aliran Syiah Imamiyyah Ithna ‘Ashariyyah atau Imam Dua Belas mula aktif di Malaysia selepas kejayaan Revolusi Iran pada 1979.

“Jadi ajaran Syiah yang diamalkan oleh pengikut di Malaysia sehingga kini adalah aliran Imam Dua Belas ini yang bercanggah dengan ajaran Islam,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Othman berkata antara penyelewengan aliran Syiah Imam Dua Belas itu adalah:

  • Meyakini imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada sebarang dosa.
  • Mengkafirkan para sahabat Rasulullah S.A.W.
  • Tidak ada Solat Jumaat.
  • Mengharuskan jamak solat fardu dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab.
  • Menghalalkan nikah muta’ah.
  • Menolak Ijmak Ulama.
  • Penyanjungan yang keterlaluan kepada Saidina Ali sehingga disama tarafkan dengan Rasulullah SAW.
  • Menambah nama Saidina Ali dalam kalimah syahadah selepas nama Nabi Muhammad SAW.

Dengan memberi contoh nikah Muta’ah, Othman berkata ia bukan satu pernikahan dalam Islam malah merupakan amalan jahiliah yang amat jelas bertentangan dengan Al-Quran, hadis Rasulullah SAW dan Ijmak Ulama.

Katanya nikah Muta’ah telah diharamkan Nabi Muhammad SAW buat selama-lamanya sehingga hari kiamat menerusi hadis-hadis sahih sebelum baginda wafat dan salah seorang perawi hadis itu ialah Saidina Ali sendiri.

“Ini menunjukkan dengan jelas bahawa ajaran mahupun fahaman Syiah ini bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak sebagaimana yang digariskan dalam undang-undang Islam,” katanya.

Beliau berkata merujuk kembali kepada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 2 dan 3 Mei 1996 bersetuju bahawa memperakukan ajaran Islam yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam; dan dengan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang.

“Pada 24 Julai lepas, KDN (Kementerian Dalam Negeri) telah pun mengisytihar Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.

“Bukan sebagai ajaran sesat sahaja daripada aspek agama iaitu sekiranya melanggar fatwa akan dikenakan tindakan mengikut Akta/Enakmen Jenayah Syariah Negeri, malah aspek keselamatan negara pun turut diambil kira pihak oleh KDN yang mana pertubuhan Syiah ini tidak boleh bergerak aktif dalam negara ini kerana salah daripada sudut undang-undang,” katanya.

Mengulas lanjut, Othman berkata pengaruh ajaran mahupun fahaman kumpulan Imam Dua Belas itu menular ke negara ini menerusi bahan bacaan dan orang perseorangan sama ada yang berkunjung ke Iran atau yang datang dari Iran.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir pensyarah universiti tempatan memainkan peranan untuk menyebarkan fahaman itu secara serius kepada golongan pelajar di institusi pengajian tinggi.

“Selain itu, daripada segi ideologi juga, umat Islam negara ini mungkin nak jalan yang mudah dalam agama dan tertarik dengan tawaran serta ganjaran yang ditawarkan Syiah.

“Faktor-faktor menarik masyarakat Islam ialah dengan tawaran beberapa kemudahan seperti Solat Jumaat tidak ada, boleh solat tiga waktu sahaja dan nikah muta’ah…boleh kahwin dengan isteri orang, mahar terlalu remeh, dengan selipar pun ada kita dapat maklumat, benda-benda macam itu, mereka hendak ambil mudah dalam soal beragama,” katanya.

Apabila ditanya mengenai jumlah pengikut Syiah di Malaysia yang dikatakan menjangkau ratusan ribu, Othman berkata hasil dapatan Jakim menerusi sumber risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati setakat ini bilangan sebenar pengikut Syiah yang terdiri daripada rakyat Malaysia ialah kira-kira 2,000 orang.

“Ini angka kita (Jakim) dengan berasaskan laporan polis, kalau kata 10 orang, maka lengkap dengan namanya, alamatnya…saya cuba pertikai dengan pembentangan angka ini yang dibuat pegawai saya kerana dalam majlis pembentangan yang besar, majlis tidak setuju dengan angka yang Jakim bagi ini.

“Kemudian saya suruh pegawai itu semak semula dengan pihak polis, adakah kita boleh ubah angka ini, tetapi pihak polis kata ‘tidak boleh’ ubah angka ini, kekal…jadi masih kuat angka kira-kira 2,000 orang ini. Bukan seperti yang digembar-gemburkan sehingga 250,000 pengikut Syiah,” katanya.

Othman menegaskan jumlah besar yang sengaja digembar-gemburkan itu adalah permainan pengikut Syiah yang mahu menunjukkan mereka ramai dan kuat serta kukuh bertapak di Malaysia.

Beliau berkata hakikatnya bilangan yang pernah dimaklumkan sebelum ini mencecah ratusan ribu itu adalah mengambil kira pelancong Iran dan pelajar luar negara yang belajar di Malaysia.

“Justeru, saya ingin mengingatkan pihak media dan masyarakat Malaysia supaya jangan mudah melatah dengan angka berkenaan. Daripada segi jumlah pengikut Syiah ini, pihak Jakim masih lagi berterusan menjalankan kajian bersama-sama pihak berkuasa keselamatan.

“Mereka dilihat ramai dalam aktiviti mereka contohnya apabila berkumpul dari seluruh negara dalam menjayakan aktiviti pengajian mereka sehingga menjadikan jumlah mereka mencecah 500 orang,” katanya.

Bagaimanapun, Othman berkata penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan umat Islam di Malaysia berada di tahap membimbangkan namun masih terkawal.

Beliau menegaskan penyebaran Syiah boleh diumpamakan sebagai ‘barah’ di negara ini dan perlu dibanteras sebaik mungkin sebelum merebak dengan lebih teruk sehingga menjadi ancaman kepada perpaduan ummah dan keutuhan agama sekaligus memecahkanbelahkan perpaduan umat Islam negara ini.

“Sebab itu kita minta agensi yang berkaitan mengambil berat daripada segi penyebaran ajaran Syiah ini. Pengikut Syiah di Malaysia tidak ramai, ada lebih kurang 2,000 sahaja tetapi mereka ini seolah-olah semakin berani…macam barah,” katanya.

Sehubungan itu, Othman berkata pelbagai pendekatan dan usaha yang telah dilakukan Jakim untuk menangani isu Syiah di negara ini supaya tidak terus berkembang meluas dalam kalangan umat Islam negara ini.

“Kita telah membuat jerayawara…bahagian fatwa telah mengadakan siri seminar, ceramah pendidikan fatwa kepada masyarakat di seluruh negara yang melibatkan penyertaan semua golongan.

“Selain itu, usaha terbaharu Jakim adalah mewujudkan program menangani Syiah seperti bengkel yang dilaksanakan secara bersepadu dan dianggotai oleh agensi penguatkuasa agama seluruh negara, PDRM, Imigresen, pihak universiti dan kementerian,” katanya.

Othman berkata bengkel menangani Syiah itu dilaksanakan untuk merancang modus operandi bagi menangani penyebaran fahaman itu di negara ini.

Selain usaha yang dilakukan Jakim untuk membanteras Syiah, Othman berkata peranan individu menolak fahaman itu juga penting iaitu umat Islam di negara ini perlu berhati-hati dengan pengaruh fahaman Syiah yang boleh menghancurkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Saya menyeru umat Islam di Malaysia agar menolak ajaran selain dari Ahli Sunnah Wal Jamaah ini, termasuklah menolak Syiah, Bahai, Qadiani dan ajaran sesat lain khususnya yang telah difatwakan sesat oleh Muzakarah Fatwa,” katanya.

Di samping itu, katanya, pada masa sama semua pihak juga perlu bijak memilih badan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak terjebak dengan NGO yang berorientasikan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dan kebebasan beragama.

Othman juga meminta umat Islam negara ini menolak pemimpin dalam sesebuah organisasi yang berfahaman Syiah atau fahaman lain yang bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Pihak kerajaan juga menyedari adanya pengaruh fahaman Syiah di kalangan masyarakat, pemimpin parti-parti politik, NGO sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai jenis-jenis ajaran Syiah yang ada di negara ini, beliau berkata di Malaysia hanya terdapat dua jenis Syiah iaitu Syiah Taiyibi Bohra (Dawood Bohra) dan Syiah Ismailiyah Agha Khan yang dibawa masuk oleh pendatang India pada satu masa dahulu.

Bagaimanapun, Othman berkata pengikut kedua-dua jenis Syiah yang merupakan kelompok asal Syiah di negara ini didapati tidak menjalankan dakyah kepada masyarakat Sunnah Wal Jamaah sebaliknya hanya berkembang dalam kalangan generasi baru mereka sendiri sahaja.

“Syiah Dawood Bohra dikenali sebagai golongan yang memiliki Kedai Bombay manakala Syiah Agha Khan dikenali dengan pemilik Kedai Peerbhai. Pengikut jenis Syiah ini bergerak di sekitar Lembah Klang sehingga kini.

“Pengikut dua jenis Syiah ini merupakan keturunan asal Syiah yang ada di negara ini. Mereka tidak ekstrem dan tidak berlawan dengan Sunnah Wal Jamaah. Mereka hanya menjalankan dakyah dan berkembang dalam kalangan anak-beranak mereka sahaja kerana mereka kahwin pun sesama sendiri, ada kubur dan masjid sendiri,” katanya.

Menceritakan mengenai sejarah perkembangan kedatangan ajaran Syiah di negara ini, Othman berkata terdapat pelbagai teori mengenai kedatangan Syiah ke Malaysia atau secara umumnya Nusantara.

Namun begitu, beliau berkata pandangan yang paling tepat adalah unsur aliran Syiah secara jelas mula dikesan sejak abad ke-12 menerusi Dakwah Syeikh Abdullah Arif berasaskan kitabnya Bahr al-Lahut.

“Ini menjelaskan aliran Syiah yang pertama sampai ke alam Melayu ialah fahaman Batiniah, bukannya aliran Imamiyyah.

“Ia adalah pemikiran Syiah Batiniah yang meresap ke dalam pemikiran tasawuf teosofi seperti doktrin wujudiyyah, hulul waittihad, Nur Muhammad, Insan Kamil, Rijal al-Ghayb (Imam Mahdi) dan beberapa aspek lain yang dibawa oleh ulama tasawuf seperti Sunan Kalijaga, Syeikh Siti Jenar, Hamzah Fansuri, dan Syamsuddin al-Sumaterani,” katanya.

-Bernama

sumber: http://www.malaysiakini.com

 

Bubur Asyura: Antara adat dan agama.

Semasa kecil, bila tiba bulan Muharam, cukup seronok. Orang kampung akan pakat masak bubur asyura pada 10 muharam.  Ada orang bawa jagung. Ada orang bawa pelbagai jenis kacang. Ada bawa ubi, ada bawa pisang, ada bawa tepong, ada bawa kelapa. Bila masak dalam kawah, pakat berganti kucai hingga masak. Kami yang budak budak ni dah sedia daun pisang. Bila masak bubur asyura kami bawa tadah daun pisang di tapak tangan minta di letakkan setumpuk asyura. Dengan becamcakan jari, kami makan dengan enaknya…. yang sepatutnya umat Islam berpuasa!

Bubur Asyura ini  upaca adat atau agama?

Dengar, tonton dan baca petikan berikut:

Baca pula tulisan  Muhammad Hanief Awang Yahaya:

Sejauh Mana Bid’ahnya Membuat Bubur Asyura`

www.darulkautsar.net

Apabila masuknya bulan Muharram maka ada segelintir dari masyarakat yang tidak sabar-sabar untuk mengadakan acara membuat bubur Asyura sebagaimana tiba bulan Rabi` Awwal mereka bersiap sedia untuk mengadakan jamuan Maulid.

Hukum asal membuat apa-apa pun makanan adalah harus selagi mana bahan kandungannya dibenarkan oleh syara’. Tetapi mengaitkannya dengan unsur keagamaan adalah satu perkara yang lain yang perlu diberikan perhatian yang serius kerana ia akan menjadikannya sebagai bid’ah.

Bagi mereka yang mendakwa adalah sunat memasak bubur Asyura, mereka beralasan dengan dalil-dalil berikut:

1. Kisah Bahtera Nuh

حدثنا عباد بن يعقوب الأسدي قال ، حدثنا المحاربي، عن عثمان بن مطر، عن عبد العزيز بن عبد الغفور ، عن أبيه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: في أول يوم من رجب ركب نوح السفينة ، فصام هو وجميع من معه، وجرت بهم السفينة ستةَ أشهر، فانتهى ذلك إلى المحرم، فأرست السفينة على الجوديّ يوم عاشوراء، فصام نوح ، وأمر جميع من معه من الوحش والدوابّ فصامُوا شكرًا لله .

Diriwayatkan bahawa pada hari pertama bulan Rejab, Nabi Nuh menaiki bahteranya lalu baginda bersama dengan pengikutnya di atas bahtera itu berpuasa. Kapal itu belayar selama enam bulan sehinggalah pada bulan Muharram lalu ia terdampar di atas bukit Judiy pada hari Asyura` lalu Nabi Nuh berpuasa dan mengarahkan orang yang bersamanya berpuasa termasuklah haiwan-haiwan. Mereka pun berpuasa sebagai bersyukur kepada Allah. (Tafsir al-Tabari, jil. 15, hal. 335)

Riwayat ini dari segi sanadnya tidak kuat. Pertama: ‘Uthman bin Matar, adalah seorang yang dha’if, munkar al-hadith dan matruk.

Kedua, Abdul ‘Aziz bin Abdul Ghafur itu nama yang diterbalikkan. Sepatutnya ‘Abdul Ghafur bin ‘Abdul ‘Aziz, seorang pendusta besar.

Jika ada sanad yang sahih sekalipun tentang riwayat ini, sebenarnya apa yang dilakukan oleh Nabi Nuh ialah berpuasa pada hari Asyura` dan bukannya memasak makanan tertentu.

2. Hadis Abu Hurairah:

عن أبي هريرة قال دعا رسول الله صلى الله عليه وسلم بالبركة في ثلاثة السحور والثريد والكيل


Rasulullah s.a.w. mendoakan keberkatan pada tiga perkara, bubur, sahur, dan sukatan. (al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat, no: 6866)

Hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mewajarkan amalan membuat bubur Asyura kerana hadis ini adalah umum dan tidak boleh dijadikan sebagai dalil kerana bubur Asyura itu dikhususkan hanya pada bulan Muharram dan dikaitkan pula dengan Nabi Nuh a.s.

Soal membuat makanan yang istimewa dan berbelanja lebih pada hari Asyura maka itu tidak ada dalil yang sahih yang menganjurkannya. Sesetengah pihak berhujah dengan riwayat ;

من وسع على عياله يوم عاشوراء وسع الله عليه سائر سنته


Sesiapa membelanjakan untuk ahli keluarganya dengan bermurah hati pada hari ‘Asyura` maka Allah akan meluaskan untuknya sepanjang tahun.

Walaupun riwayat ini mempunyai banyak jalur sanad namun tiada satu pun darinya terselamat dari kritikan para ulama hadis. Antara ulama yang menolak riwayat ini, Ibn al-Qayyim, Mulla Ali al-Qari dan ramai lagi.

Penilaian dan Ulasan

Pada asasnya, tidak ada bid’ah dalam perkara adat bid’ah kerana bid’ah hanya berkait dengan perkara ibadat atau penghayatan agama (tadayyun). Namun ada ruang untuk wujudnya bid’ah dalam perkara adat jika ia dikaitkan dengan agama. Seseorang itu boleh mengadakan apa jua bentuk perkara berkaitan adat selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan tidak mengandungi unsur yang haram. Apa jua jenis makanan boleh direka dan bagaimana cara untuk memasaknya juga adalah harus asalkan ianya halal.

Sebaliknya jika makanan itu dan cara memasaknya itu dikaitkan dengan agama, hari tertentu, tempat tertentu, menisbahkan kepada mana-mana nabi atau individu dan mempunyai fadhilat tertentu, pada hal tidak ada dalil yang sahih maka ianya menjadi bid’ah.

Dalam konteks bubur Asyura, semata-mata menyediakannya tanpa mengaitkannya dengan agama, hari tertentu, tempat tertentu, mana-mana nabi atau individu dan ada fadilat khusus maka ia masih diharuskan.

Perkara yang menjadikan bubur itu bid’ah adalah kerana ia hanya disediakan pada bulan Muharram dan dikaitkan dengan Nabi Nuh pada hal tidak ada dalil yang boleh dipertanggungjawabkan. Lebih menunjukkan kepada bid’ahnya bubur Asyura ini sehingga tidak akan ditemuinya sehingga masuknya bulan Muharram.

Walaupun alasan yang diberikan bahawa ia mempunyai kesan yang positif seperti dapat menyatukan masyarakat tetapi semata-mata matlamat yang baik sahaja tidak boleh dijadikan hujah untuk mewajarkannya. Ini kerana dalam syariah, dua perkara mesti diambil kira dalam dasar hukum, iaitu maqasid dan wasa`il, iaitu matlamat dan jalan mencapainya. Ini membawa maksud, hendaklah menggunakan cara yang betul untuk mencapai maksud yang baik lagi murni.

Apatah lagi kaedah membuat bubur ini hanyalah acara sekali setahun bukan sepanjang masa. Bukankah sepatutnya tumpuan diberikan kepada program asas dalam masyarakat yang jelas dianjurkan oleh agama sendiri iaitu sembahyang berjemaah lima kali sehari, sembahyang Jumaat dan lain-lain majlis ilmu yang diadakan di masjid dengan kekerapan yang tertentu.

Dan baca pula tulisan Dr Abu Anas Madani ( Dr Abdul Basit Abdul Rahman)

http://www.abuanasmadani.com

Dengan sedikit kajian ringkas tentang asal-usul bubur Asyura dalam masyarakat Melayu, mungkin boleh dikatakan kewujudan jamuan bubur Asyura dalam masyarakat Melayu bertitik tolak dari dua sandaran.

Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s.

Banyak laman web menyebut tentang kisah ini. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya :
“Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih”. Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh A.S : “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

Penilaian:

– Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.

– Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram?

– Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?
Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga

Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.

Hadis yang dimaksudkan ialah:

“Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu”.

Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mahu memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan.

Cuma kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah paslu atau dhaif. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98.

Sekali lagi kita terpaksa terima bahawa jika sandaran mengadakan jamuan bubur Asyura ialah hadis ini, sebenarnya ia adalah hadis yang tidak sahih. Jangan terlalu mengharap kepada fadhilat yang belum pasti kesahihannya.

Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan  kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.
Wallahu A’lam.

Madinah Munawwarah,
9 Muharram 1431H
26 Disember 2009M

Ketinggian darjat para sahabat sebelum Pembebasan Makkah

QS 57:10

QS 57:10

QS 57:10  – “Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? – Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.”

Melalui ayat ini jelas al Quran memuliakan dan meletakkan darajat yang tinggi terhadap para sahabat yang membelanjakan hartanya serta berperang sebelum  peristiwa Fathu Makkah. Ayat ini juga menafikan persamaan martabat para sahabat yang berbelanja dan berjuang sebelum dan selepas penaklukan Makkah. Bagaimanapun kedua golongan ini mendapat balasan yang lebih baik ia itu syurga Allah, meskipun berbedza dari segi darjatnya. Kedua golongan itu ialah golongan sahabat yang awal dan yang terkemudian.

Kenyataan al Quran ini sangat berbedza dengan pandangan sejarah Syiah yg mengatakan hanya BEBERAPA orang sahabat sahaja yg tinggal, yang lain semuanya murtad atau kafir.

Peristiwa Fathu Makkah berlaku pada 20 Ramadan taun 8 Hijrah. Peristiwa ini diangap kemenangan yang penting bagi Islam dan kaum muslimin. Selepas peristiwa ini kejayaan dakwah Rasulullah saw  terus menerus berjaya,  sehingga disambung pula oleh para Khulafaur Rasyidin, keseluruh penjuru dunia.

Telah Terbelah Bulan

Orang kafir tidak akan percaya bahawa bulan telah terbelah. Malah orang Islam sendiri yang tidak berilmu, yang sekadar mengunakan akal, yang tidak menekuni al Quran akan sukar mempercayainya. Allah swt berfirman:

QS 54:1-2

QS 54:1-2

Maksudnya:

Telah dekat (datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan. Dan jika mereka (orang-orang musyrikin) melihat sesuatu tanda (mukjizat), mereka berpaling dan berkata: “(Ini adalah) sihir yang terus menerus”. QS 54:1-2

Lihat dan baca petikan dari Asbabun Nuzul, sebab-sebab turunnya ayat al Quran Susunan Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis, Penerbit PTS Halaman 701 seperti image  di bawah:

Scan dari Asbabun Nuzul, PTS Halaman 701,  SEBUAH KITAB YANG BAIK UNTUK RUJUKAN KELUARGA

Scan dari Asbabun Nuzul, PTS Halaman 701, SEBUAH KITAB YANG BAIK UNTUK RUJUKAN KELUARGA ANDA, DAPATKAN DARI TOKO BUKU BERHAMPIRAN

Untuk memperjelaskan ayat al Qamar 1-2 di atas ,  Allah swt  berfirman maksudnya:

“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al Qur’an itu adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu?” QS Fushshilat 53