Download: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2010 bagi Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun Persekutuan

1. Perlembagaan Negara Menyebut Tentang Laporan Audit Negara:

Perkara 106: Kuasa dan Tugas Ketua Audit Negara

(1) Akaun bagi Persekutuan dan bagi Negeri-Negeri hendaklah diaudit dan dibuat laporan mengenainya oleh Ketua Audit Negara.
(2)
Ketua Audit Negara hendaklah melaksanakan apa-apa tugas lain dan menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang persekutuan berhubung dengan akaun bagi Persekutuan dan akaun bagi Negeri-Negeri dan berhubung dengan akaun bagi pihak-pihak berkuasa awam lain dan akaun bagi badan yang dinyatakan melalui perintah yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 107: Laporan Ketua Audit Negara

(1) Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporan-laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat.
(2)
Satu naskhah mana-mana laporan itu yang berhubungan dengan akaun bagi sesuatu Negeri, atau berhubungan dengan akaun-akaun bagi mana-mana pihak berkuasa awam yang menjalankan kuasa yang diberikan oleh undang-undang Negeri, hendaklah dikemukakan kepada Raja atau Yang di-Pertua Negeri bagi Negeri itu yang hendaklah menyebabkan laporan itu dibentangkan di hadapan Dewan Undangan.

2. Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2010 bagi Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan  Badan Berkanun Persekutuan boleh dimuat turun di Portal Jabatan Audit Negara atau:

Sila RIGHT klik tajuk Laporan dan SAVE TARGET AS/SAVE LINK AS untuk muat turun LKAN berikut:

Kerajaan Persekutuan

pdf LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 :AKTIVITI KEMENTERIAN/JABATAN DAN PENGURUSAN SYARIKAT KERAJAAN PERSEKUTUAN
pdf LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010 :PENYATA KEWANGAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN KEMENTERIAN/JABATAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
pdf AUDITOR GENERAL REPORT 2010 :SYNOPSIS ON THE AUDIT OF THE FEDERAL GOVERNMENT’S FINANCIAL STATEMENT, FINANCIAL MANAGEMENT AND ACTIVITIES OF THE FEDERAL MINISTRIES/DEPARTMENTS AND THE MANAGEMENT OF GOVERNMENT COMPANIES

Badan Berkanun Persekutuan

pdf LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2010:PENGURUSAN KEWANGAN DAN AKTIVITI SERTA PENGURUSAN SYARIKAT SUBSIDIARI BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN
pdf AUDITOR GENERAL REPORT 2010 :SYNOPSIS ON THE AUDIT FINANCIAL MANAGEMENT AND ACTIVITIES OF FEDERAL STATUTORY BODIES AND MANAGEMENT OF SUBSIDIARY COMPANIES FOR THE YEAR 2010