Surat Khalifah Umar r.a Kepada Pemimpin Tentera Islam

Khalifah Abu Bakar r.a meninggal pada malam Selasa 8 Jamadilakhir tahun 13 hijarah dan esoknya hari Selasa Umar bin Khattab r.a mengambil alih kepimpinan umat Islam. Umar r.a cedera ditikam Abu Lu’luah pada hari Rabu dan berterusan sehingga beliau meninggal dunia empat hari sebelum akhir bulan Zulhijah tahun 23 Hijrah.

Sepanjang kepimpinan beliau antara sumbangan besar beliau  ialah perluasan wilayah Islam. Prof. Dr. Amin Qudah di dalam Sejarah Khalifah Rasullah[1] menyebut pada zaman Umar r.a, tentera-tentera Islam berperang mengikut tiga kumpulan:

Kumpulan pertama menuju ke Parsi. Kumpulan ini telah mengundang kepada kejatuhan Parsi.

Kumpulan kedua menuju ke Negeri Syam. Kumpulan ini telah menewaskan kerajaan Rom.

Kumpulan ketiga menuju ke Mesir. Mesir ketika itu dibawah kekuasaan Rom telah ditewaskan.

Prof. Dr. Amin Qudah menambah di dalam buku yang sama bahawa rahsia kemenangan ini bermula daripada asas-asas yang kuat, semangat yang besar, politik yang bijak, kebenaran niat serta keimanan yang kuat dan dapat difahami daripada tulisan Umar r.a kepada pemimpin tentera  termasuk kepada Saad bin Abi Waqqas. Antara tulisan Umar r.a  seperti berikut :

“Sesungguhnya saya menyuruh kamu dan tentera-tentera yang bersama  kamu supaya yakin kepada Allah pada setiap masa. Keyakinan  kepada  Allah adalah sebaik-baik persiapan bagi  melawan musuh dan sebaik-baik strategi dalam peperangan.

Saya menyuruh kamu dan orang yang bersama kamu menjaga diri daripada melakukan maksiat dan berhati-hati pada musuh-musuh kamu. Dosa-dosa tentera lebih diambil waspada daripada menghadapi musuh – musuh. Jika tidak demikian, maka kita tidak mempunyai kekuatan kerana jumlah kita tidak seperti jumlah mereka, kekuatan kita tidak seperti kekuatan mereka. Jika kita sama dengan mereka dalam kemaksiatan, maka mereka melebihi kita dalam kekuatan, kita tidak menang disebabkan oleh kelebihan kita dan kita tidak mengalahkan mereka dengan kekuatan kita.

Ketahuilah, kamu semua dibawah penjagaan malaikat­-malaikat Allah. Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan. Maka malulah kepadanya dan jangan berbuat kemaksiatan kepadaAllah sedangkan kamu berada di jalan Allah. Dan jangan kamu katakan musuh kita lebih buruk daripada kita dan mereka tidak dapat menguasai kita. Banyak kaum yang menguasai mereka yang lebih buruk daripada mereka, seperti kaum yang menguasai bani Israel (yang mengerjakan perkara yang dibenci olehAllah) iaitu orang Majusi (maka mereka mengintai lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau dan sebenarnya peristiwa itu adalah satu janji yang tetap berlaku).

Mintalah pertolongan keada Allah terhadap diri kamu sekalian seperti kamu minta kemenangan atas musuh-musuh kamu.  Saya mohon kepada Allah  supaya selalu memherikan kemudahan          kepada kami dan kepada kamu semua”


[1] Buku terjemahan dari  buku Al-Khulafa’ ar-Rasyidun: A’mal wa Ahdas

Surat Khalifah Umar r.a kepada Abu Musa al-Asy’ari r.a

Antara kandungan surat Khalifah Umar r.a  kepada Abu Musa al-Asy’ari r.a, gubernur di Basrah, menyebut :

“Adapun  sesudah  itu,  sesungguhnya  menegakkan  hukum  (al qadla)   adalah  suatu  kewajiban  yang  pasti  dan  tradisi (Sunnah) yang harus dipatuhi. Maka  pahamilah  jika  sesuatu diajukan  orang  kepadamu.  Sebab,  tidaklah  ada manfaatnya berbicara mengenai kebenaran jika tidak dapat  dilaksanakan.

Bersikaplah ramah antara sesama manusia dalam kepribadianmu, keadilanmu dan majlismu, sehingga seorang yang  berkedudukan tinggi  (syarif)  tidak  sempat  berharap  akan  keadilanmu.

Memberi bukti adalah wajib  atas  orang  yang  menuduh,  dan mengucapkan   sumpah   wajib  bagi  orang  yang  mengingkari (tuduhan).    Sedangkan    kompromi    (ishlah,    berdama) diperbolehkan diantara sesama orang Muslim, kecuali kompromi yang menghalalkan hal yang haram dan mengharamkan  hal  yang halal.

Dan  janganlah engkau merasa terhalang untuk kembali pada yang benar berkenaan  dengan  perkara  yang  telah  kau putuskan  kemarin  tetapi  kemudian engkau memeriksa kembali jalan pikiranmu lalu engkau mendapat petunjuk kearah jalanmu yang  benar;  sebab  kebenaran  itu tetap abadi, dan kembali kepada yang benar adalah lebih  baik  daripada  berketerusan dalam kebatilan.

Pahamilah, sekali lagi, pahamilah, apa yang terlintas dalam dadamu yang tidak termaktub dalam Kitab  dan Sunnah,   kemudian   temukanlah   segi-segi   kemiripan  dan kesamaannya,  dan  selanjutnya   buatlah   analogi   tentang berbagai  perkara  itu,  lalu  berpeganglah  pada  segi yang paling  mirip  dengan   yang   benar.

Untuk   orang   yang mendakwahkan  kebenaran  atau  bukti, berilah tenggang waktu yang  harus  ia  gunakan  dengan  sebaik-baiknya.  Jika   ia berhasil datang membawa bukti itu, engkau harus mengambilnya untuk dia sesuai dengan  haknya.  Tetapi  jika  tidak,  maka anggaplah  benar  keputusan  (yang  kau  ambil) terhadapnya, sebab itulah yang lebih menjamin untuk menghindari keraguan,dan  lebih  jelas  dari  ketidakpastian  (al-a’ma, kebutaan,kegelapan)

Barang siapa  telah  benar  niatnya  kemudian teguh  memegang pendiriannya, maka Allah akan melindunginya berkenaan dengan apa  yang  terjadi  antara  dia  dan  orang banyak.

Dan  barang  siapa  bertingkah laku terhadap sesama manusia dengan sesuatu yang Allah ketahui tidak berasal dari dirinya  (tidak  tulus), maka Allah akan menghinakannya …”

Sumber : Dipetik dari tulisan oleh  Nurcholish Madjid  bertajuk  TAQLID DAN IJTIHAD : MASALAH KONTINUITAS DAN KREATIVITAS DALAM MEMAHAMI PESAN AGAMA

Ucapan Umar r.a Selepas Dilantik Menjadi Khalifah

Ucapan Umar r.a Selepas DiLantik Menjadi Khalifah

Abu Bakar r.a meninggal dunia pada malam Selasa 8 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah. Selepas Abu Bakar r.a , Umar r.a  menerima jawatan kepemimpinan pada pagi Se1asa dan menyampaikan khutbahnya:

“Saya menerima ujian dan kamu semua memberi ujian kepada saya. Saya menggantikan kepimpinan untuk kamu semua selepas sahabatsaya (Abu Bakar r.a).  Sesiapa yang hadir maka kita akan member khabar gembira dengan jiwa raga kita dan sesiapa yang tidak hadir maka urusannya adalah tanggungjawab orang yang mempunyai kekuatan dan amanah. Sesiapa yang berbuat baik, maka kami tambah kebaikannya dan sesiapa yang berbuat jahat,kami akan menghukumnya. Semoga Allah memberi ampun kepada saya dan kamu semua”.

Umar r.a  terkenal kerana ketegasan dan kekuatannya. Beliau juga merasakan perkara itu, lalu beliau berdoa:

Ya Allah saya ini sangat keras, lembutkanlah. Saya lemah, berilah kekuatan. Saya bakhil, berikanlah sifat pemurah kepada saya” .

Beliau juga berkata kepada sahabat-sahabatnya:

“Jangan kamu menyangka saya ini keras seperti saya pada zaman Nabi Muhammad. Ini kerana saya adalah pengawal ke atas beliau dan pada masa Abu Bakar pula saya juga pengawal kepadanya. Sekarang ini saya memimpin dan saya adalah orang yang paling lemah di hadapan kebenaran”

Rujukan : Prof. Dr. Amin Qudah – Sejarah Khalifah Rasulullah